Saturday, November 22, 2014

Anda mahu anak bijak Quran dengan kad imbas?

Assalamualaikum..

Moga ibu bapa bakal hafiz hafizah sekalian dalam keadaan yg sihat dan bersemangat ketika membaca perkongsian bonda Aufa hari ini =)

Sebelum bermula memperkenalkan anak dgn huruf Quran,ibu bapa bakal hafiz hafizah sekalian perlu ada beberapa elemen penting ini

1. Niat - Niat kerana apa?kerana ALLAH atau?anda boleh beri jawapan pd diri sendiri

2. Visi dan Misi- visi anda utk mendidik anak bijak quran yg menjadi harta di akhirat?misi anda mahu anak kenal huruf pada umur berapa?anda perlu pastikan dan jelas dgn visi dan misi sendiri..jangan main ikut2 orang

3. Semangat - tak pernah putus asa dan sentiasa bersemangat mendidik anak

4. Sabar - mendidik anak juga mendidik diri anda menjadi lebih sabar

5. Redha - Anda perlu redha sentiasa dan set kan dlm minda bahawa anak2 itu berlainan 
perkembangan nya dan jgn sesekali membandingkan anak anda dgn org lain =)

6.Positif dan ceria - anda wajib berada dlm keadaan positif dan ceria serta menganggap anda sedang bermain dgn anak,bukan mengajar anak...tak perlu terlalu serius dan hanya santai2

Utk teknik memperkenalkn huruf quran menggunakan kad imbas, ia bergantung juga pada umur anak ketika anda bermula
Ada yg bermula ketika bayi..Ada yang bermula ketika 2 tahun dan ke atas..

Utk perkongsian ini lebih kepada teknik memperkenalkan huruf pada bayi =)

1. Perkenalkan bayi dgn satu per satu huruf,bukan sekali gus semua huruf

2. Pastikan anda sebut huruf dengan jelas dan nyata paling kurang 3 kali semasa tunjukkan kad pada bayi

3. Hari pertama perkenalkan dgn huruf AAA(alif)..ajar anak dgn menyebut terus bunyi nye berbaris atas..sebut 3 kali huruf tersebut dan paling kurang 5 minit sahaja


4. Jika anda terlalu sibuk,curi la masa hanya 5 minit contohnya ketika tukar pampers anak sambil bergurau2 tunjukkan kad sambil sebut 3 kali..mudah kan?beri lah anak anda masa hanya 5 minit!

5. Sentiasa tunjuk kad imbas huruf quran dan menyebut setiap huruf dgn jelas kpd bayi


6.  Jangan pegang kad imbas terlalu jauh kerana tahap penglihatan bayi masih lagi terhad di awal usia

7. Teruskan dgn huruf pertama itu sahaja hingga hari ke 7 atau ke 8

8. Kemudian, hari ke 9 atau 10 bergantung pada anda,mula kenalkan dgn huruf kedua seperti huruf   BAA..

7. Semasa hari ke 10 tersebut bayi anda sudah diperkenalkan dgn AAA dan MAA

8. Teruskan dgn 2 huruf tersebut hingga hari ke 17 atau 18..kemudian tambahkan lagi huruf2 tersebut..Purata kenalkan huruf seminggu utk huruf baru dan kemudian ulang ulang sahaja proses tersebut

9. Mulakan dengan huruf mesra bayi dahulu..tak perlu kenalkan anak ikut urutan huruf.Kenalkan aaa,baa,maa,waa,ya terlebih dahulu..yang agak susah seperi dha, zha ajar kan kemudian

10. Jika bayi dah 4bulan ke atas, kena pastikan bayi anda juga melihat mulut anda ketika anda menyebut huruf2 tersebut

11. Tarik perhatian bayi melihat kad imbas dgn gaya suara yg gembira supaya bayi rase seronok dan ternanti2 pembelajaran seterusnya



12. Lakukan aktiviti ini bersama bayi anda secara konsisten setiap hari walaupun sekejap

13. Set kan dalam minda anda tujuan utama bukan utk pandai semata2 tapi mahu pendedahan awal kpd anak ilmu quran sambil bermain dan insyaALLAH bayi anda akan suka dgn huruf2 quran sejak kecil

14. Anda juga perlu ikut kecenderungan anak dan pastikan bila waktu sesuai utk anak anda belajar hijaiyah..contoh  nya,jika dia lebih nampak tenang semasa lepas menyusu,gunakan masa tersebut sebaiknya

15. Semasa bermain flash card hijaiyah bersama anak,pasangkan alunan ayat Quran secara perlahan

16. Bawa ke mana2 sahaja kad imbas anda dan pastikan ada 3 keping kad paling kurang dalam beg anda supaya mudah anda boleh tunjukkan kad kpd anak secara santai.

Utk pengetahuan bg mereka yg belum tahu kenapa perlu kenalkan anak dgn AAA tapi bukan alif..

Perlu sebutkan terus bunyinya itu adalah menggunakan kaedah fonetik..

Merujuk kepada buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal,  kaedah fonetik adalah yang paling sesuai digunakan untuk mengajar anak-anak.  

" Kajian-kajian yang dijalankan oleh saintis di Yale University, USA membuktikan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat dengan bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf (menggabung bunyi) yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu "

 Dengan memperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak tanpa mengenalkan nama huruf dahulu, kanak-kanak akan dapat membaca dengan lebih cepat, lebih lancar, dan lebih awal usia seawal umur 3 tahun !

InsyaALLAh mudah mudahan dgn kaedah fonetik,anak2 kita juga akan cepat dapat membaca serta menghafal Quran =)

Sekian perkongsian drpd bonda Aufa yg serba kekurangan ini..
InsyaAllah akan datang,saya akan berkongsi video2 Aufa bersama huruf2 hijaiyah nya =)




1 comment :

 

Nursyahirah♥Muhammad Jefferson Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork