Saturday, November 22, 2014

Cinta Aufa Pada HIJAIYAH

Assalamualaikum =)
Bonda aufa mendoakan agar setiap insan yg membaca kisah cinta aufa ini sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah.
Setelah diberi kekuatan olehNYA, hari ni bonda aufa ingin berkongsi cerita setelah berkurun lama tak update blog..

Cerita cinta aufa bersama huruf hijaiyah nya =)
aufa bersama huruf yang dah diperkenalkan masa umur 3 bulan 13 hari

Kenapa bondanya istilah kan sbg cerita cinta?
Kerana mood aufa boleh bertukar serta merta bila bonda tunjuk flash kad hijaiyah..lebih2 lagi bila bonda tunjuk huruf AAA (alif)..
kecintaan dan kegembiraan aufa dgn hijaiyah makin terserlah sejak berumur 4 bulan. Sekarang ni kalau aufa menangis tibe2 tanpa sebab tunjuk je flash card,terus boleh senyum!



Disebabkan pernah sekali tu aufa meragam,padahal dah kenyang,pampers dah tukar,semua dah buat tapi die tetap meragam mcm ade yg tak kena..so bonda aufa saja2 terus tunjuk flash card kesygn dia, lepas tu terus aufa senyum!

Aufa mula berkenalan dgn huruf pertama nya pada umur 20 hari iaitu huruf AAA


Utk pengetahuan,masa kenalkan aufa dgn huruf quran,saya tak sebut alif sebaliknya saya sebutkan terus huruf beserta bunyi nya yg berbaris atas
Ada sebab kenapa saya sebutkan terus..nanti bonda aufa berkongsi lagi ye =)
Alhamdullilah,setakat hari ni dah 15 huruf diperkenalkan pada aufa..

Saya tak terus kenalkan semua huruf dalam satu masa..ada teknik2 nya nanti bonda aufa kongsikan ye=)
Rutin harian aufa mesti bermain dgn flash kad hijaiyah paling kurang 5 minit sehari..

Dan pergi ke mana mana pun,flash kad hijaiyah mesti bonda aufa bawa juga..paling kurang pun 3 huruf mesti ready dalam handbag..
aufa bersama hijaiyah masa ikut bonda and walid bercuti

Saat pertama kali diperkenalkan dgn huruf pertama,masa tu hanya nampak aufa pandang je kad yg ditunjuk

Apabila menginjak umur ke 2 bulan dah makin Nampak reaksi galak nya bila tengok kad..mata die seolah olah scan mengikut bentuk huruf..di usia 2bulan,dah 3 huruf diperkenalkan iaitu AAA,BAA, dan MAA..


Di usia  4 bulan pula, aufa dah makin galak pegang2,gigit2 kad..dah mula pandai sengih2,ketawa2 bila bermain dgn kad kesygn die..masa ni huruf yg diperkenalkan pun dah bertambah kepada 7 huruf..

Bila genap umur aufa 5 bulan,dah mula nampak satu reaksi positif yg memeranjatkan bonda nya =)
 Masa hari kejadian,bonda dan aufa mcm biasa dgn rutin harian bermain dgn flash kad..tahap ni mmg sgt seronok sebab aufa dah pandai gelak,dah pandai cuba2 nak rampas kad dari bonda,dah pandai jerit2 bila bonda amik kad dari dia.

Tiba2 bonda nya dpt ilham hari tu susun 5 keping kad depan dia..masa tu aufa atas riba bonda nya..
Lepas tu bonda nya pun sebut AAA berulang kali..bila dgr je bonda sebut AAA,mata nya melilau..pandang kad kt depan dia satu per satu..dan sengih2 pandang huruf AAA dan terbongkok2 nak capai kad tu..

Bonda nya masa tu dlm hati terdetik  “ kebetulan je kot”
Tapi masa tu naluri kuat nak cuba lagi uji aufa..terus tukar2 kan kedudukan kad..lepas tu ulang sebut lagi AAA..mmg betul aufa tetap pilih huruf AAA
Hari tu rasanya hampir 10 kali ulang dan aufa tetap pilih huruf yg betul..
Alhamdulillah..masa tu baru la terfikir mmg tak mustahil aufa kenal sebab tu la huruf pertama die tgk masa umur 20 hari =)

Pencapaian terkini aufa pd umur 6 bulan, dia dah betul betul kenal 5 huruf daripada 15 huruf yg diperkenalkan..
huruf aa..baa..maa…daa..naa…

kalau bonda bagi dia pilih antara 2 kad, dia dah boleh pilih mana huruf aa, mana huruf baa, mana huruf maa, mana huruf daa dan mana huruf naa..

Masa mula2 kenalkan aufa dgn huruf pertama,dia masih lagi sgt kecil..kad tu pun die pandang gitu je...tapi bonda sentiasa berdoa dan percaya ALLAH akn tolong bonda aufa utk mendidik aufa menjadi seorang hafizah..
lepas 6bulan,sekarang nak ajar aufa hijaiyah dah kena ikut style dia,,kdg2 duduk,kdg2 meniarap =)
Bila aufa makin besar,makin banyak bonda dia kena belajar dan kena bijak amik hati aufa utk terus suka bermain dgn flash kad hijaiyah..

Moga apa yg dikongsikan ini boleh menjadikan pembakar semangat utk kawan2 yang lain kerana bonda aufa pun terinspirasi daripada sebuah video bayi 9bulan kenal huruf hijaiyah ketika mengandungkan aufa..mulai saat itu la bonda aufa banyak membaca dan dahagakan ilmu..
Perjalanan aufa masih jauh...


Cerita cinta aufa ini bukan utk menunjuk,bkn nak bandingkan anak dgn org lain tapi utk dijadikan satu bukti yg ALLAH itu MAHA pemberi,MAHA mengetahui..DIA yg memberi bila kita berusaha dan segala ilmu itu milik ALLAH..kutiplah segala ilmu kerana menjadi seorang wanita itu bukan mudah kerana anda mendidik generasi muslim =)



Percaya lah bahawa semua bayi genius! Ibu bapa yg perlu menyerlahkan lagi kebijaksanaan yg ALLAH dah anugerahkan pada setiap insan yg lahir di dunia ni..kita yg mencorakkan anak yang masih lagi suci bersih =)

Jangan terlalu fikirkan apa org akan kata dlm mendidik anak..Mungkin ada org kata, terlalu awal mendidik anak..Tapi bagi saya tiada istilah terlalu awal utk mendidik anak kerana mendidik anak itu sebenarnya sejak dlm kandungan lagi..

Jika ada yg ragu2 dgn kebolehan anak sendiri, beristigfar lah dan renung kembali kisah imam shafie mnghafal quran di usia 7tahun..sudah tentu beliau mengenal huruf jauh lebih awal dari usia tu..
Bagi ibu bapa yg belum bermula, masih belum terlambat asalkan anda bermula..
Bagi bakal ibu ayah, inilah masa anda mencari mengali ilmu sebelum khalifah kecil anda lahir ke dunia..Bila anak anda lahir, terus saja aplikasikan pada anak..
tolong doakan aufa al hafizah satu hari nanti

Sebelum terlupa,bagi ibu bapa yang dah beli kad imbas bijak alif ba ta daripada bonda Aufa,jgn lupa terus gunakan ye..jgn simpan je walaupun dah beli..nanti rugi!

InsyaALLAH akan dtg bonda aufa akn berkongsi pengalaman dan teknik lebih terperinci utk kawan2 yg mahu kenalkan anak dgn huruf quran sejak bayi =)
Semoga anak anak kita di zaman moden ini menjadi anak2 yang bijak Quran dgn izin Allah

yang berminat nak dapatkan kad imbas bijak alif ba ta,hanya RM16 sahaja



whatsapp sahaja ke +60199929926 ATAU hantarkan mesej ke https://www.facebook.com/messages/ierahsyahirah7878 
atau boleh juga shopping pelbagai produk untuk anak
Sekian perkongsian daripada bonda aufa yang masih merangkak mencari ilmu utk mendidik anak =)

0 comments :

Post a Comment

 

Nursyahirah♥Muhammad Jefferson Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork